Posts

Showing posts from November, 2023

HOBI KU

Image
  Asslamualaikum & Hi, Sebelum saya meneruskan perkongsian saya ini, saya ingin memaklumkan bahawa ini adalah pengeposan yang terakhir dan perkongsian terakhir di blog saya buat masa ini tetapi saya akan kembali semula untuk menulis blog disini cuma sekarang saya mahu berehat seketika dari menulis blog. Buat perkongsian ini saya akan menceritakan tentang hobi saya. Nak menceritakan tentang hobi ini sebenarnya banyak benda saya suka buat yang boleh dikatakan itu sebagai hobi. Tetapi saya akan menceritakan serba sedikit hobi yang saya selalu buat ketika adanya masa lapang. Hobi pertama saya adalah bermain basikal di taman, taman yang selalu saya pergi untuk bermain basikal adalah di Taman Tasik Ttitiwangsa kerana di situ sesuai untuk bermain basikal, tetapi basikal yang saya gunakan itu bukan kepunyaan saya tetapi saya cuma sewa basikal sahaja. Di taman itu memang penuh dengan basikal sewa selalunya saya akan sewa basikal itu hanya sejam sahaja, bagi harga sewa basikal untuk se...

PERASAAN KU

Image
Assalamualaikum & Hello semua!! Kali ini, saya akan menceritakan tentang perasaan saya menjadi pelajar FEP di UKM. Pada mulanya, saya tidak sangka yang saya dapat masuk ke UKM ini dan perasaan apabila melihat keputusan UPU yang menyatakan saya berjaya masuk ke UKM saya berasa sangat gembira dan teruja. Tetapi sebelum saya masuk ke UKM ini saya sudah menyambung ijazah di Universiti Ploy-Tech Malaysia di Kuala Lumpur dan mengambil kursus Pentadbiran Perniagaan dalam Sumber Manusia hanya hampir sebulan saya dapat menyambung pelajaran di situ dan kini saya sudah menyambung pelajaran saya di UKM pula. Kursus saya di UKM ini adalah Pentadbiran Perniagaan, perasaan saya ketika dapat tahu bahawa saya dapat sambung belajar di UKM dengan kursus ini saya berasa seperti “boleh ke saya bawa kursus ini dengan jayanya sehingga tamat belajar” dan ketika itu macam-macam persaan timbul, perasaan gembira, takut, gementar semuanya ada. Setersunya, setelah masuk sahaja ke UKM perasaan menjadi lagi ge...

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN (FEP)

Image
Hi & Assalamualaikum semua!! Pada pagi yang cerah ini harap pembaca masih tertarik dengan setiap perkongsian yang saya ceritakan ini dan masih ingin membaca kerana hari ini, di pengeposan yang ketiga di blog saya ini saya akan menulis dan menceritakan tentang kemudahan yang ada di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). Terdapat banyak kemudahan yang ada di FEP ini tetapi saya akan kongsikan hanya 3 kemudahan sahaja kerana ketiga-tiga kemudahan ini bagi saya ia sangat memerlukan dan memudahkan kepada semua pelajar di FEP. Bagi saya kemudahan di FEP yang saya suka adalah di Dewan Kuliah 5, saya suka apabila kelas di adakan di situ tetapi saya akan duduk di dewan kuliah itu semasa kelas Perniagaan Mengikut Perspektif Islam sahaja. Tempat duduknya sangat selesa seperti kerusi di wayang, walaupun penghawa dingin di situ kadang kala rasanya kurang sejuk saya tetap suka dewan kuliah itu, tetapi penghawa dingin itu menjadi kurang sejuk pun disebabkan orang di dalam dewan itu ramai mak...

TEMPAT KEGEMARAN DI UKM

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, pagi ini saya akan mulakan dengan menulis blog tentang tempat-tempat menarik di UKM, Bangi pula. Saya baru sahaja menetap di UKM ini lebih kurang dalam 3 minggu lebih dan banyak tempat juga saya sudah meneroka. Bagi saya disini boleh dikatakan banyak tempat yang menarik boleh kita pergi di UKM ini. Walaupun banyak tempat yang menarik disini, tetapi tempat yang telah menarik perhatian saya apabila saya masuk ke dalam UKM ini adalah seperti PUSANIKA, Taman Botani Bangi UKM and Café Kolej Ungku Omar (KUO). Seterusnya, tempat pertama yang telah menarik perhatian saya dan menjadi kesukaan saya adalah PUSANIKA, kerana PUSANIKA ini penuh dengan kedai-kedai yang menjadi tumpuan orang ramai di Malaysia seperti Zus Coffee, Tealive, He & She Coffee, Speedmart, Emart 24, Sen Teppanyaki, Hot Meal Ba, Kai Ice, Kims Donut, Café Mesra, Kungfu Sushi. Dalam seminggu pasti akan pergi ke PUSANIKA, selalunya akan pergi selepas habis kelas citra. Kedai pertama say...

TENTANG DIRI SAYA

Image
Assalamualaikum and Hi, Ini adalah catatan blog pertama saya, serta catatan pertama saya tentang diri saya. Saya akan mulakan dengan memperkenalkan diri saya, nama saya Nur Insyirah Binti Jamaluddin dan Syirah adalah nama yang semua orang panggil saya. Saya dilahirkan pada 5 Disember 2002, di Hospital Selayang dan kini berusia 21 tahun. Saya tinggal di Batu Caves, Selangor. Kini, saya pelajar ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, saya merupakan pelajar diploma di Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat. Saya belajar diploma selama 2 tahun 4 bulan, dan kursus yang saya ambil ialah Diploma Pengurusan Sumber Manusia. Cita-cita saya pada awalnya sewaktu kecil saya hendak menjadi seorang guru tetapi kini apabila umur semakin meningkat dah sudah ada hala tuju dalam pembelajaran saya ingin menjadi HR Executive di syarikat besar. Selepas itu, saya akan memberitahu anda tentang ahli keluarga saya. Saya mempunyai empat adik beradik, dan saya anak kedua daripada empat adik beradik. Adik ...