HOBI KU
Asslamualaikum & Hi,
Sebelum saya meneruskan perkongsian saya ini, saya ingin
memaklumkan bahawa ini adalah pengeposan yang terakhir dan perkongsian terakhir
di blog saya buat masa ini tetapi saya akan kembali semula untuk menulis blog
disini cuma sekarang saya mahu berehat seketika dari menulis blog. Buat
perkongsian ini saya akan menceritakan tentang hobi saya. Nak menceritakan
tentang hobi ini sebenarnya banyak benda saya suka buat yang boleh dikatakan
itu sebagai hobi. Tetapi saya akan menceritakan serba sedikit hobi yang saya
selalu buat ketika adanya masa lapang.
Hobi pertama saya adalah bermain basikal di taman, taman yang
selalu saya pergi untuk bermain basikal adalah di Taman Tasik Ttitiwangsa kerana
di situ sesuai untuk bermain basikal, tetapi basikal yang saya gunakan itu
bukan kepunyaan saya tetapi saya cuma sewa basikal sahaja. Di taman itu memang
penuh dengan basikal sewa selalunya saya akan sewa basikal itu hanya sejam
sahaja, bagi harga sewa basikal untuk sejam hanya RM10 sahaja. Basikal yang untuk
di sewa itu semuanya cantik dan masih elok untuk ditunggang. Ia sangat seronok
bermain basikal di Taman Tasik Titiwangsa itu kerana tempatnya luas dan cantik
untuk melihat permandangan sambil mengayuh basikal.
Seterusnya, hobi kedua saya adalah suka meluangkan masa bersama
kakak dan adik perempuan saya dengan pergi minum kopi di kedai kopi kerana bagi
saya meluangkan masa yang saya ada ini untuk bersama kakak dan adik saya ini dapat
merapatkan hubungan kami adik beradik. Saya menganggapkan ia sebagai hobi saya
juga kerana memang ketika saya ada masa lapang saya akan meluangkan masa itu
bersama mereka berdua. Selalunya, kami akan pergi “lepak” di mana-mana kedai
kopi yang menarik dan selalunya kami akan minum kopi sambil borak-borak kosong.
Walaupun saya seoarang yang suka minum air coklat sahaja dan bukan seorang yang
minum kopi tetapi saya akan tetap akan pergi mengopi itu adalah sebahgian dari
hobi saya juga.
Manakala, hobi yang terakhir pula saya suka pergi bermain bowling juga untuk mengisi masa lapang yang ada. Apabila hujung minggu sahaja kadang kala saya dan keluarga akan pergi bermain bowling di Wangsa Walk Mall dan di Berjaya Times Square. Ia sangat menyeronokkan kerana hobi saya ini bukan sahaja hobi yang meluangkan masa dengan melakukan aktiviti seorang diri tetapi ada kalanya saya mengisi masa yang saya ada ini dengan ahli keluarga saya dan hobi-hobi yang saya selalu buat ini tidak pernah membosankan bagi saya sendiri dan dengan hobi yang saya cipta ini akan menjadi memori yang terindah dalam hidup saya.



Comments
Post a Comment