TENTANG DIRI SAYA


Assalamualaikum and Hi,

Ini adalah catatan blog pertama saya, serta catatan pertama saya tentang diri saya. Saya akan mulakan dengan memperkenalkan diri saya, nama saya Nur Insyirah Binti Jamaluddin dan Syirah adalah nama yang semua orang panggil saya. Saya dilahirkan pada 5 Disember 2002, di Hospital Selayang dan kini berusia 21 tahun. Saya tinggal di Batu Caves, Selangor. Kini, saya pelajar ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, saya merupakan pelajar diploma di Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat. Saya belajar diploma selama 2 tahun 4 bulan, dan kursus yang saya ambil ialah Diploma Pengurusan Sumber Manusia. Cita-cita saya pada awalnya sewaktu kecil saya hendak menjadi seorang guru tetapi kini apabila umur semakin meningkat dah sudah ada hala tuju dalam pembelajaran saya ingin menjadi HR Executive di syarikat besar.


Selepas itu, saya akan memberitahu anda tentang ahli keluarga saya. Saya mempunyai empat adik beradik, dan saya anak kedua daripada empat adik beradik. Adik beradik saya tiga perempuan termasuk saya dan seorang lelaki. Anak pertama dalam adik beradik saya, seorang kakak, berumur 24 tahun dan telah menamatkan pengajian izajahnya. Adik ketiga saya merupakan seorang perempuan, dan berumur 17 tahun dan masih bersekolah dan dia akan mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi. Adik bongsu saya ialah seorang budak lelaki berumur 9 tahun yang masih bersekolah. Saya masih mempunyai ibu bapa saya dan mereka masih duduk dengan ibu bapa saya. Ayah saya berumur 57 tahun dan masih bekerja manakala ibu saya berumur 46 tahun dan tidak bekerja hanya menjadi suri rumah sahaja.

Akhir sekali, tempat yang saya tinggal dan membesar bersama keluarga saya adalah di sebuah rumah yang cukup dengan kasih sayang dan penuh dengan nyaman. Dari saya kecil sehingga saya besar ini saya masih duduk di tempat yang sama cuma, sejak tahun 2019 saya berpindah di tempat baru tetapi rumah baru ini hanya sekitar rumah lama juga. Kami masih di taman yang sama tetapi hanya berpindah lorong rumah sahaja. Walaupun di kawasan rumah baru lebih selesa persekitarannya berbanding rumah lama ia sangat sedih untuk berpindah ke tempat lain kerana suasana kejiranan di rumah lama agak meriah dan banyak kenangan kami sekeluarga di rumah lama itu. Tetapi di rumah baru ini juga sudah cukup seronok dan banyak kenangan yang kami cipta bersama-sama selama lebih kurang 5 tahun di rumah baru itu.




Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT KEGEMARAN DI UKM

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN (FEP)