PERASAAN KU

Assalamualaikum & Hello semua!!

Kali ini, saya akan menceritakan tentang perasaan saya menjadi pelajar FEP di UKM. Pada mulanya, saya tidak sangka yang saya dapat masuk ke UKM ini dan perasaan apabila melihat keputusan UPU yang menyatakan saya berjaya masuk ke UKM saya berasa sangat gembira dan teruja. Tetapi sebelum saya masuk ke UKM ini saya sudah menyambung ijazah di Universiti Ploy-Tech Malaysia di Kuala Lumpur dan mengambil kursus Pentadbiran Perniagaan dalam Sumber Manusia hanya hampir sebulan saya dapat menyambung pelajaran di situ dan kini saya sudah menyambung pelajaran saya di UKM pula. Kursus saya di UKM ini adalah Pentadbiran Perniagaan, perasaan saya ketika dapat tahu bahawa saya dapat sambung belajar di UKM dengan kursus ini saya berasa seperti “boleh ke saya bawa kursus ini dengan jayanya sehingga tamat belajar” dan ketika itu macam-macam persaan timbul, perasaan gembira, takut, gementar semuanya ada.

Setersunya, setelah masuk sahaja ke UKM perasaan menjadi lagi gementar dengan adanya perasaan yang ingin mencari kawan yang sama kursus dan boleh belajar bersama sehingga dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Selepas itu, perasaan saya menjadi lagi gembira dan rasa tidak sabar untuk belajar kerana di sini saya telah mendapat kawan kursus yang sama dan kawan kursus saya juga adalah kawan aras bilik saya. Apabila saya dapat jumpa dengan mereka saya menjadi sangat seronok kerana mereka satu kepala dengan saya dan mereka tidak membosankan. Pergi ke kelas bersama, pergi belajar juga bersama mereka malah ada sesetengah tugasan kumpulan pun kami bersama juga.

Walaupun kadang kala perasaan yang memikirkan saya boleh bawa kursus ini dengan senang atau tidak. Dengan perasaan yang saya rasakan ini bukan membuatkan saya rasa lagi tidak semangat dengan kursus yang saya ambil ini tetapi membuat saya lagi ingin belajar bersungguh-sungguh walaupun ada subjek yang saya rasa itu susah tetapi saya tetap akan belajar sehingga saya boleh buat dan saya percaya yang saya boleh buat sampai ke penghujungnya dan saya akan buangkan perasaan yang negatif. Saya mendoakan kejayaan untuk kawan-kawan yang ada bersama saya sekarang dan dapat membanggakan orang sekelilingnya. Saya harap sesiapa yang membaca cerita saya ini dapat mendoakan kejayaan saya dan juga kejayaan kawan-kawan saya dan saya juga akan mendoakan kejayaan orang yang sudah membaca perkongsian saya ini.



Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT KEGEMARAN DI UKM

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN (FEP)

TENTANG DIRI SAYA