FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN (FEP)

Hi & Assalamualaikum semua!!

Pada pagi yang cerah ini harap pembaca masih tertarik dengan setiap perkongsian yang saya ceritakan ini dan masih ingin membaca kerana hari ini, di pengeposan yang ketiga di blog saya ini saya akan menulis dan menceritakan tentang kemudahan yang ada di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). Terdapat banyak kemudahan yang ada di FEP ini tetapi saya akan kongsikan hanya 3 kemudahan sahaja kerana ketiga-tiga kemudahan ini bagi saya ia sangat memerlukan dan memudahkan kepada semua pelajar di FEP.

Bagi saya kemudahan di FEP yang saya suka adalah di Dewan Kuliah 5, saya suka apabila kelas di adakan di situ tetapi saya akan duduk di dewan kuliah itu semasa kelas Perniagaan Mengikut Perspektif Islam sahaja. Tempat duduknya sangat selesa seperti kerusi di wayang, walaupun penghawa dingin di situ kadang kala rasanya kurang sejuk saya tetap suka dewan kuliah itu, tetapi penghawa dingin itu menjadi kurang sejuk pun disebabkan orang di dalam dewan itu ramai maka sejuknya kurang. Yang penting semasa belajar perlulah rasa selesa supaya kita rasa lagi bersemangat untuk belajar.

Seterunya, tempat kedua adalah di Kafe Budi, itu adalah satu-satunya kafe yang ada di FEP. Kafenya tidak besar ia seperti kiosk tetapi di Kafe Budi itu terdapat banyak jenis makanan, kuih, roti dan ia juga ada menjual waffle dan jagung. Di situ, saya selalu membeli roti sosej dan juga nasi lemak. Kadang kala saya akan membeli roti sosej itu sampai 3 disebabkan rotinya sangat lembut dan ia sedap. Manakala, nasi lemak itu saya akan beli sewaktu habis kelas dan makan sambil menunggu kelas yang seterusnya, nasi lemak itu juga sedap dan saya selalu membeli nasi lemak telur dadar yang berharga RM1.50.

Di samping itu, kemudahan yang terakhir di FEP adalah Panas Express. Panas Express ini dibuka 24jam, yang boleh saya katakan ini adalah salah satu kemudahan bagi saya dan setiap pelajar yang lain kerana di situ ada juga pelbagai minuman dan makanan ringan tetapi di situ tiada kaunter dan tiada orang yang menjaga di dalam kedai tersebut. Sekiranya mahu membayar hanya ada mesin layan diri sahaja kiranya kita akan buat sendiri.

Semua kemudahan-kemudahan yang saya kongsikan ini semuanya setempat dan satu aras sahaja seperti Kafe Budi itu bersebelahan dengan Dewan Kuliah 5 dan Panas Express pula berada di belah hujung.


Comments