TEMPAT KEGEMARAN DI UKM
Assalamualaikum
dan selamat pagi semua, pagi ini saya akan mulakan dengan menulis blog tentang
tempat-tempat menarik di UKM, Bangi pula. Saya baru sahaja menetap di UKM ini
lebih kurang dalam 3 minggu lebih dan banyak tempat juga saya sudah meneroka. Bagi
saya disini boleh dikatakan banyak tempat yang menarik boleh kita pergi di UKM
ini. Walaupun banyak tempat yang menarik disini, tetapi tempat yang telah menarik
perhatian saya apabila saya masuk ke dalam UKM ini adalah seperti PUSANIKA, Taman
Botani Bangi UKM and Café Kolej Ungku Omar (KUO).
Seterusnya, tempat pertama yang telah menarik perhatian saya dan menjadi kesukaan saya adalah PUSANIKA, kerana PUSANIKA ini penuh dengan kedai-kedai yang menjadi tumpuan orang ramai di Malaysia seperti Zus Coffee, Tealive, He & She Coffee, Speedmart, Emart 24, Sen Teppanyaki, Hot Meal Ba, Kai Ice, Kims Donut, Café Mesra, Kungfu Sushi. Dalam seminggu pasti akan pergi ke PUSANIKA, selalunya akan pergi selepas habis kelas citra. Kedai pertama saya pergi bersama kawan-kawan saya selepas selesai Minggu Apresiasi Watan (MAW) adalah kedai Hot Meal Bah, makanan disitu boleh dikatakan sedap juga dan hidangan setiap makanannya banyak. Bagi saya bagus juga adanya PUSANIKA ini di UKM kerana ini salah satu kemudahan bagi setiap pelajar di UKM, kerana pelajar tidak bersusah payah untuk keluar mecari kedai-kedai seperti yang ada di PUSANIKA itu.
Setersunya, tempat kedua adalah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). DECTAR ini telah menjadi tempat kesukaan saya sekarang kerana di tempat ini adalah tempat yang banyak juga kenangan saya bersama kawan-kawan baru saya pada peringkat Izajah ini. Pada mulanya, saya rasa saya tidak akan mempunyai kawan yang ramai di UKM ini tetapi dengan adanya MAW ini saya dapat kawan yang sangat menyeronokkan dan di DECTAR itu juga kami banyak bersama-sama sehinggalah habis MAW tersebut. Disebabkan adanya MAW ini, ia dapat mengeratkan hubungan kami sekawan. Di DECTAR itulah kami membuat pelbagai aktiviti bersama, duduk bersama, nyanyi bersama dan semuanya bersama sampai semua kenangan itu tidak dapat dilupakan.
Tempat terakhir
yang menjadi kesukaan saya buat masa ini adalah Café Kolej Ungku Omar (KUO),
kolej yang saya sedang tinggal sekarang untuk sem 1. Pertama kali saya pergi ke
Café KUO ini adalah semasa hari pendaftaran masuk ke kediaman masing-masing.
Saya makan di café itu waktu tengah hari dan masa itu hanya ada nasi campur,
saya bersama keluarga makan bersama di situ dan kata ibu ayah saya makanan
disini sedap dan hari seterusnya pun makan tengah hari dan makan malam saya
akan makan di café KUO, saya juga sudah cuba masakkan goreng-goreng di waktu
malam dan saya suka dengan masakkannya. Tetapi makanan yang saya suka makan di
waktu malam di café adalah nasi goreng padprik ayam dan waktu tengah hari saya
suka makan nasi bersama ayam goreng dan kuah masak lemak cili api, tetapi
sekarang sudah ada menu baru yang saya suka makan iaitu makan nasi bersama ayam
goreng dan kuah padprik. Di situ juga ada jual cakoi dan pau goreng, saya
paling suka membeli pau goreng berinti kacang kerana pau gorengnya sangat sedap
dan lembut walaupun sudah dibiarkan lama dan menjadi sejuk ia tetap lembut dan
masih sedap. Selain itu, air-air di situ juga sedap tetapi air kegemaran saya
tetap milo dan di café itu juga saya akan selalu membeli air milo ais dan juga
saya telah mencuba air teh ais, teh ais di café itu juga sedap dan saya
sukakannya maka air itu sekarang telah menjadi pilihan kedua saya. Selain
daripada makanan yang sedap, pekerja-pekerja di situ juga baik dan peramah
dengan saya dan kawan-kawan saya terutama sekali abang-abang yang bekerja
membuat air. Maka, itu sahaja yang saya ceritakan tentang tempat yang menarik dan
menjadi kegemaran di UKM buat masa sekarang.




Comments
Post a Comment